| Monday, 21-Jan-2008 18:11 |
|
leaving on an airplane.. jejak Nabi Saleh a.s.
|
|
Labbaikallahumma labbaik
Labbaika la syarikalaka labbaik
Innal hamda
Wanni'mata
Lakawal mulk
La syarikalak
HambaMu datang menyambut panggilanMu ya Allah
HambaMu datang menyahut panggilanMu
Sesungguhnya segala puji-pujian
Dan nikmat
Dan kerajaan adalah kepunyaanMu
Tiada sekutu bagiMu
21 Jan 2008, aku, mak dan abah berangkat ke Madinah alMunawwarah dengan flight Saudia jam 2230 untuk menunaikan umrah dan ziarah di Saudi Arabia..
Sampai di Madinah airport lebih kurang jam 0300 22 Jan 2008.. perjalanan 10 jam membuatkan aku rasa sungguh tidak selesa.. mujurlah makanan dlm flight sedap.. dan tandas bersih.. ada jugak kelebihan yg menenangkan.. syukur, pegawai di airport madinah tak begitu kerek.. mungkin kerana ini tanah yg memiliki jasad Rasulullah SAW, jadi semuanya aman dan menyenangkan..
Aku, mak dan abah bersama jemaah Utas yg lain hanyalah 12 orang yg ada rezki mendapat visa awal.. kami bersama ratusan jemaah lain drp pelbagai travel agent iaitu andalusia, bahrul mazi, zahaby, barakah umhaj dan wira.. disambut oleh agent di saudi iaitu Samallaghi.. kami daripada Utas, ditumpangkan kepada Andalusia kerana jumlah kami yg sedikit.. kami naik bas no.3, bersama mutawif bangsa Indonesia iaitu ustaz Idris yg bagi aku percakapannya sangat menyenangkan.. oops! ustaz ni masih bujang.. dan bakal melangsungkan pernikahannya dengan gadis bertuah dari Kelantan.. semoga berbahagia ya ustaz 'cobaan'.. haha..
agak lama kami di dalam bas, menunggu semua urusan ratusan jemaah ini selesai.. barulah bas bergerak ke Madain Saleh iaitu 400km di utara Madinah.. cuaca begitu sejuk, ditambah dengan hujan yg turun pada pagi yg dingin..
kami singgah solat subuh di Sasko, sebuah R&R di dalam perjalanan menuju ke madain saleh.. jauh benar bezanya dengan R&R kita di malaysia.. tp dimaafkan, kerana mereka ini baru saja berjinak2 dgn dunia pelancongan.. visa kami juga visa pelancongan yang sah sehingga 3 bulan, bukannya visa umrah spt kebiasaannya..
tiba di Madain Saleh.. sebuah kawasan yang pemandangannya mengagumkan, dan sejarahnya amat mengesankan.. ini adalah kawasan perkampungan Nabi Saleh a.s. dan kaumnya yang derhaka iaitu Tsamud..
sedikit ringkasan mengenai kaum Tsamud.. mereka ini adalah kaum yg kaya raya, memiliki tanaman dan ternakan yg berjaya.. mereka membina rumah dengan mengorek batu2 besar yg ada di kawasan ini.. mereka merupakan keturunan kaum Aad yg menderhaka kepada Nabi Hud a.s sebelum itu..
apabila Nabi Saleh a.s diutuskan, mereka bongkak dan langsung tidak mahu menerima ajaran yg dibawa.. sehingga mereka mencabar Nabi Saleh melakukan mukjizat dan baru mereka mahu berhenti cacian mereka.. lantas Allah SWT mengurniakan mukjizat kepada nabiNya dengan mengeluarkan seekor unta betina drp sebuah batu.. kaum tsamud tidak dapat berkata apa2.. Nabi Saleh berpesan bahawa unta Allah itu jangan diganggu dan diapa2kan.. kelak kaum tsamud akan binasa.. biarkan saja jika ia mahu minum atau makan.. kerana gilirannya dan haiwan2 lain pasti akan ada..
kaum tsamud pun membiarkan unta itu bebas hidupnya tanpa diganggu.. ttp lama kelamaan, mereka menjadi marah.. kerana apabila unta itu minum, haiwan ternakan mereka takut utk minum bersama unta itu.. mereka menganggap ini menyusahkan mereka..
lalu muncullah drp kalangan mereka itu yg membuat pakatan utk membunuh unta itu.. seorang janda kaya telah menawarkan tubuhnya dan gadis lain kpd sesiapa yg berjaya membunuh unta berkenaan.. maka dua orang lelaki menawarkan diri mereka dan berjaya membunuhnya.. mereka bersukaria dan memberitahu Nabi Saleh dgn bangganya ttg kejayaan mereka itu..
Nabi Saleh mengingatkan ttg janji Allah jika unta itu diapa2kan.. mereka diberi masa 3 hari utk menanti azab drp Allah SWT spt yg telah dijanjikan.. sebenarnya tujuan diberi 3 hari adalah supaya mereka sedar dan bertaubat.. tetapi sebaliknya mereka merancang utk membunuh Nabi Saleh pula.. maka pada hari ketiga, berlakulah malapetaka iaitu gempa bumi yg dahsyat dan bumi menelan kaum tsamud yg biadab itu..
ini adalah kejadian kedua kaum yg ditelan bumi, selepas kaum Aad.. kagumnya bila melihat kesan tinggalan rumah mereka yg dikorek drp gunung2 batu (spt diceritakan beberapa surah dlm alQuranul Karim) tidak hancur dalam gempa bumi itu.. supaya kita generasi sekarang dpt melihatnya dan mengambil iktibar drpnya..
kisah Nabi Saleh telah diceritakan dengan 72 ayat dalam 11 surah di antaranya surah Al-A'raaf, ayat 73 hingga 79, surah Hud ayat 61 sehingga ayat 68 dan surah Al-Qamar ayat 23 sehingga ayat 32.
(kisah penuh di sini: http://id.wikipedia.org/wiki/Nabi_Saleh)
tiba di hotel madain saleh, kami makan tengahari.. subhanallah alhamdulillah sedap sungguh hidangan di sini.. cuaca amat sejuk.. dah pasang warmer dlm bilik pun dingin masih menembusi dinding.. mandi??? lap lap badan aje lahhh.. air panas pun sejukkk..
petang barulah kami keluar menziarahi gunung2 batu yg dikisahkan dlm alQuran yg menjadi rumah kaum Tsamud yg dilaknat Allah SWT.. subhanallah sungguh mengagumkan segala bentuk gunung batu yg dijadikanNya.. kami melihat beberapa rumah 'istana' raja dan puteri mereka.. telaga Nabayt yg kini sudah kering.. dan bengkel keretapi zaman Abassiyah dan Islamic Castle utk jemaah Haji drp Syria yg dibina dgn batu semata2 utk tujuan penginapan bermalam mereka dlm perjalanan menunaikan haji.. kepala keretapi lama masih ada di dalam bengkel berkenaan ttp ia tidak berfungsi lg..
selepas itu kami pulang ke hotel dan makan malam yg sungguhhhh lazattt.. perjalanan kami sebanyak 5 bas mewah diiringi oleh polis utk mengawal keselamatan atas arahan raja saudi.. ini merupakan rombongan pelancong terbesar di saudi setakat ini dan raja saudi menganggap kami adalah tetamunya.. kata mereka, pernah pelancong jepun diganggu dalam perjalanan mereka, oleh itu kami diberi penjagaan polis sepanjang perjalanan..
kami tidur.. aku tidur nyenyak kepenatan dan masih bingung dengan pertukaran cuaca dan waktu..
esoknya 23 jan selepas sarapan pagi yg lazat di hotel, kami ke lokasi seterusnya iaitu sebuah batu yg super duper grand besar berbentuk gajah gergasi @ mammoth.. cuaca sangat sejuk, disertakan angin bertiup sangat dingin..
kemudian ke Al-Ula Old City dan menziarahi sebuah masjid lama, di mana Rasulullah SAW pernah singgah dan menunaikan solat di situ.. tetapi apabila Baginda dihidangkan air drp telaga di kampung itu, Baginda tidak mau minum kerana ia air drp bumi yg dilaknat Allah SWT..
di kiri kanan jalan byk kelihatan rumah2 lama yg telah musnah.. penduduk di sini membina rumah drp tanah, dan apabila hujan turun, rumah mereka roboh dan mereka membina pula rumah yg lain.. hmm..
singgah di sebuah pasaraya.. beli air dan bekalan makanan.. sebab lepas ni kami akan bergerak ke Madinah semula..
selamat tinggal Madain Saleh.. sebuah perkampungan yang penuh dgn sejarah yang patut dijadikan tauladan bagi manusia seluruhnya...
to be continued..
|