Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


makam Hamzah r.a dan para syuhada di kaki jabal uhud
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
makam Hamzah dan



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Tuesday, 5-Feb-2008 16:10
kembara bumi anbia.. jejak Rasulullah SAW
23 Jan 08 lepas solat jamak qasar zuhur dan asar, kami cek out drp madain saleh hotel dan menuju ke madinah al munawwarah.. perjalanan lebih 4 jam diiringi oleh polis yg bersilih ganti.. penat duduk dalam bas.. yg agak menguji kesabaran kami apabila setiap kali tiba di check point, polis akan tahan kami punye la lama.. ada satu cek point sampai 1 jam lebih.. bukan ada apa pun, depa cuma nak tgk passport.. tp yg selebihnya tu depa saja lengahkan.. p minum teh la.. p sana sini.. ntah ape2.. bila jemaah turun bas ramai2 baru la depa lepaskan.. bukan sekali.. ada bbpe kali.. heran betul.. attitude.. so pathetic..

akhirnya jam 1806 kami pun tiba di madinah.. dan cek in di Bahaudin Hotel yg hanya beberapa meter daripada masjid Nabawi.. kami tiba serentak dgn azan maghrib.. kumpulan andalusia dll cek in di hotel Fayroz yg setentang dgn hotel Bahaudin..

malam tu jugak kami mulakan ke masjid Nabawi dan alhamdulillah kebetulan Raudhah dibuka utk jemaah wanita.. rasa nak menitis airmata betapa terharunya aku apabila diberi peluang ini oleh Allah SWT.. sebaik tiba dan terus berpeluang ke Raudhah - taman syurga yg terletak di antara tapak asal rumah Rasulullah SAW dengan mimbar Baginda.. di sini juga Baginda dimakamkan, bersama khalifah Abu Bakar as-Siddiq dan Umar al-Khattab.. Raudhah juga merupakan salah satu drp tempat doa mustajab yg ada di Haramain..

24 Jan 08, kami keluar ziarah ke sekitar bandar Madinah.. lokasi pertama yg kami lawati adalah masjid Quba.. masjid ini merupakan masjid yg pertama sekali di dunia dalam sejarah Islam.. menurut sejarahnya, Rasulullah SAW mendirikan masjid ini adalah kerana unta Baginda berhenti rehat di sini semasa dalam kembara hijrah dari Makkah ke Madinah.. kuasa Allah SWT yg mengkehendakinya..

ziarah seterusnya adalah ke ladang tamar.. takde rezki kami nak tgk pohon2 tamar yg berbuah sbb musimnya pada musim haji yg baru lepas.. tak apalah.. aku dan abah beli kurma ajwa, kacang gajus dan pistachio je.. lepas tu kami dihidangkan teh arab.. walaupun cawan kecik tp kaw2 betul.. aku x bpe boleh minum teh o tambah lg airnye panas.. so x dapat habiskan..

next kami ke jabal uhud.. atau bukit uhud.. bukit yg sangat bersejarah ini berwarna merah.. kerana inilah lokasi perang Uhud semasa zaman Rasulullah SAW dulu yg mana pejuang Islam pada mulanya menang, tetapi tak lama kemudian tewas kerana kelalaian dan excited nak mengumpulkan ghanimah (harta rampasan perang).. musuh yg nampak kelalaian mereka ini telah menyerang mereka di jabal rumat (bukit anak panah) yg berhampiran dgn uhud dan akhirnya 70 syuhada telah gugur termasuklah saidina Hamzah r.a. menitis airmata Rasulullah SAW kerana sedih, saidina Hamzah adalah bapa saudara Baginda yg juga digelar Asadallah = Singa Allah kerana tegas, garang dan tangkas..

saidina Hamzah dan ramai lg syuhada yg terkorban dimakamkan di kaki jabal uhud ini.. pernah suatu ketika dlm tahun 46H, uhud dilanda banjir sehingga makam para syuhada ini terbongkar.. subhanallah, jasad saidina Hamzah dan seorg lagi Abdullah bin Jahsy keluar di permukaan dan luka mereka masih berdarah lagi.. subhanallahhh.. Allahu Akbar! kemudian jenazah mereka dimakamkan semula bersama 68 lagi syuhada yg lain dan ditandakan dgn batu hitam..

selepas ke uhud, kami ke masjid Qiblatain juga amat penting dlm sejarah Islam.. Qiblatain yg bermaksud 2 qiblat adalah kerana.. semasa Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah, Allah SWT memerintahkan solat menghadap ke qiblat Masjidil Aqsa di palestine, setelah beberapa bulan, ketika Rasulullah SAW sedang solat di masjid ini, turun wahyu yg memerintahkan peralihan qiblat ke Masjidil Haram di Makkah.. maka Rasulullah SAW yg sedang solat terus menukar qiblat solatnya.. so, sbb itulah ia dinamakan masjid qiblatain..

akhir sekali dlm perjalanan balik ke hotel, kami lalu di masjid tujuh iaitu lokasi perang Khandak (parit) @ perang Ahzab, yg sejarahnya parit yg dalam digali atas arahan Rasulullah SAW utk myekat kemaraan musuh dan akhirnya tentera muslimin beroleh kemenangan.. masjid yg tujuh asalnya adalah khemah bg tentera muslimin ketika itu..

balik ke hotel, aku dan abah pegi jalan2 merentasi perkuburan Baqi yg menempatkan makam Saidatina Aisyah r.a dan ramai lg sahabat Nabi SAW.. dan menuju ke Aswaqul Haram @ pasar haram.. erkk.. bukanla bermaksud pasar tu haram atau menjual barang2 haram.. tetapi sbb tanah madinah ini digelar tanah haram - haram drp kafir.. takde beli apa, jalan2 je dan makan kebab dan fresh oren yg sungguhhhh fresh..

esoknya 25 Jan 08 kami ziarah wida' ke makam Rasulullah SAW.. sayu rasanya nak tinggalkan bumi madinah yg menyenangkan ni.. kami cuma sempat 2 hari je di sini.. lepas solat jumaat, kami kembali bersama 5 bas bertolak ke Makkah alMukarramah..

kami berniat ihram di masjid Bir Ali, sempadan tanah haram dan tanah halal.. maka bermulalah perjalanan umrah kami..

tiba di Makkah dah tengah malam.. tp kami semua teruskan tawaf dan saie seterusnya tahallul.. bergenang airmata seakan tak percaya Kaabah Baitullah berada di depan mata.. syukur Alhamdulillah segala puji2an utk Allah SWT yg Maha Pemurah, Maha Mengasihani, Maha Mendengar, Maha Mengetahui yg sudi mengizinkan aku menjejakkan kaki ke tanah ini.. walaupun aku tau siapalah aku..

Subhanallah! Alhamdulillah! Allahu Akbar!

to be continued...

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.