 |
|
|
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]

|
|
|
|
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]
|
| Wednesday, 6-Feb-2008 10:58 |
|
menjejaki Baitullah..
|
|
26 Jan 08, aku bersama mak n abah dan kak sham pegi ke Tane'im utk bermiqat dan umrah kedua selepas solat asar.. kami selesaikan umrah selepas solat isyak, tetapi kali ni terasa agak ramai berbanding malam tadi.. malam tadi lengang dan kami selesai tahalul pada jam 3 pagi dan berpeluang mengucup hajarul aswad kerana org tak ramai.. berbeza sikit kali ni, mungkin sebab jemaah dari Iran dah mula tiba..
27 Jan 08 seawal jam 7.30am kami dah bersedia utk melawat ke satu daerah paling subur di saudi arabia iaitu Taif.. Taif terkenal dgn kawasan sejuk dan tanaman yg subur.. kali ni kami pergi dgn 3 bas saja, kerana jadual andalusia ke taif pada esok harinya.. bagus jugak, taklah berebut nak ke hamam (toilet)..
perjalanan ke Taif dari Makkah memakan masa 2 jam.. macam biasa dilewatkan oleh polis di cek point.. pelik betul aku..
tiba di Taif sudah nampak kesuburan tanahnya.. banyak bunga2an dan sayuran.. walaupun kelilingnya masih padang pasir.. subhanallah.. kuasa Allah kan..
kami dibawa melihat Masjid Kuq.. masjid ini kecik aja dan ditutup kerana lokasinya kurang mengizinkan.. sejarahnya, masjid ini adalah tempat di mana Rasulullah SAW pernah singgah.. dan ketika Baginda ada di situ, orang kafir hendak membunuh Baginda dengan menolak batu besar yg ada di atas bukit supaya menghempap Baginda.. tetapi, batu juga taat pada Tuhannya.. dan sayangkan Rasulullah SAW.. batu besar itu tidak sedikit pun bergerak daripada tempat asalnya dan Allah melindungi kekasihNya itu daripada pengkhianatan kafir laknatullah..
selepas masjid Kuq, kami ke makam Ikrimah Bin Abu Jahal.. ya, Ikrimah sepupu Rasulullah SAW adalah anak kepada Abu Jahal yg jahat.. tetapi Ikrimah masuk Islam dan makamnya di Taif.. berhampiran makam Ikrimah, adalah kawasan takungan air yang dibina berdasarkan idea bijak Ikrimah sendiri..
selepas ziarah ke makam Ikrimah, kami terus ke Masjid Ibn Abbas.. Ibn Abbas adalah Abdullah bin Abbas, sahabat Rasulullah SAW yg paling banyak meriwayatkan hadith Baginda.. beliau dikenali sbg seorg yg bijak.. kami solat zuhur jamak qasar dgn asar di situ dan di masjid ini juga terletaknya perpustakaan Abdullah bin Abbas..
kemudian, kami pergi makan tengahari di salah sebuah restoran di bandar Taif.. jangan terkejut di negara arab, memang hidangannya begini.. sebuah dulang besar yg diisi penuh dengan nasi dan spageti, di dalamnya ada 4 - 6 ekor ayam panggang..
kalau utk mereka, hidangan itu utk 4 - 6 orang.. dulang yg dihidangkan pd aku mengandungi 4 ekor ayam.. kami makan berlima.. hanya suku dulang yg habis.. itu pun aku rasa dah cukup banyak makan sampai tegak tersandar.. haha.. ada jemaah mak2 datin yg bungkus makanan tak habis utk dibawa balik.. tp bagi aku, dah balik mesti takde selera lg nak makan sbb dah sejuk.. kemudian kami dijamu sejenis halwa.. sangattt sedap.. bentuk macam cakoi tp rangup dan disira air gula.. sangat sedappp.. alhamdulillah kenyang betul..
lepas makan, kami ke pasar buah dan sayuran.. al fawakeh wal hadrawat.. buah2 banyak yg diimport.. tetapi sayurannya subhanallah sangat cantik, subur dan besar2 fantastic size nya.. paling mengagumkan terung dan bawang.. kami beli plum, anggur dan limau.. ada yg beli apple, peach, strawberry.. tp tak boleh beli sebiji2.. kena beli sedozen.. sebab depa jual borong.. rasa nak beli carrot seguni 5 riyal je nak bg schumy tp melampau la kan.. hahaha..
kemudian kami ke Bukit Shafa.. inilah tempat paling sejuk di Taif.. depa ibaratkan macam Genting Highland.. ada taman tema, tp nampak tak terjaga.. ada yg kata ada juga digunakan taman tema ni cuma terlalu jarang.. sampai ke puncak bukit, suhu sangatttt sejukkk.. sehingga bas kena pasang warmer.. dan sesuatu yg menakjubkan ialah begitu banyak baboon yg ada di puncak bukit.. sangat banyak dan tak takut orang.. tapi tak serang orang.. mereka hanya berebutkan makanan yg diberikan oleh kami.. dan ada yg panjat kenderaan org lain.. mujur tak naik dalam bas.. macamana agaknya boleh begitu banyak baboon di bukit shafa dan mampu pulak bertahan dgn cuaca yg masyaAllah sejuknya..
kemudian kami pun bergerak pulang ke Makkah.. singgah bermiqat di Qarnu Manazil.. hm, tak pernah lagi miqat di sini.. rezki, rezki..
28 Jan 08, sekali lagi ke Tane'im.. kali ni lepas Subuh.. semakin ramai jemaah.. lepas tu mula mencari souvenir utk sahabat..
29 Jan 08, kami ziarah ke sekitar Makkah.. lokasi pertama ialah Jabal Thur.. bagi siapa yg belum tahu ttg sejarah di sini, kisahnya semasa penghijrahan Rasulullah SAW ke madinah, Baginda sentiasa diintip oleh kafir yg mahu membunuhnya.. Rasulullah dan Abu Bakar berjalan bersama2.. sehingga diperintahkan Allah supaya bersembunyi di gua yg ada di bukit Thur ini..
Jahatnya ular yg ada dalam lubang di dalam gua itu, ular mematuk2 tangan Abu Bakar sehingga beliau kesakitan.. menangis Rasulullah melihat Abu Bakar.. kemudian Allah memerintahkan labah2 membuat sarang di pintu gua itu.. dan burung merpati diperintahkan bertelur depan gua.. biawak padang pasir iaitu dhab pula membersihkan tapak kaki Rasulullah dan Abu Bakar.. kuasa Allah SWT yg Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.. jahatnya cicak punya kerja.. buat bising seolah bg klu pada kafir yg mencari mereka.. tetapi sesungguhnya Allah kasih pada Rasulullah SAW dan Baginda dilindungiNya..
Seterusnya kami ke Padang Arafah.. padang luas yg hanya digunakan pada musim haji sahaja utk wukuf.. wukuf di arafah adalah satu drp rukun haji, walaupun sakit dan bermasalah sekali pun, jemaah mesti berwukuf di arafah jika tidak hajinya tak sah.. padang arafah juga digambarkan sbg keadaan kita nanti apabila dibangkitkan semula di padang mahsyar.. aku teringat masa wukuf tahun 1990 dulu, seorang jemaah kami yg tua dan tenat setelah terjatuh di eskalator masjidil haram.. tidak sedarkan diri dan badannya dimasukkan air, tetapi masih diangkat ke arafah sbg syarat sah haji.. dan aku dengar lepas tu, dia meninggal dunia.. innalillah..
di padang arafah ini juga terletaknya jabal rahmah.. iaitu tempat pertemuan kembali Nabi Adam a.s dan isterinya Siti Hawa setelah dicampakkan dari syurga kerana melanggar perintah Allah SWT memakan buah khuldi atas hasutan syaitan durjana.. jadi, jika org yg memohon utk pertemuan jodoh, digalakkan berdoa di sini..
sedikit perkongsian.. ramai jemaah yg datang ke sini, menulis nama mereka dgn marker pen di tugu yg dibina di puncak jabal rahmah.. kononnya hendak lekas bertemu jodoh.. tetapi pada tahun 1999, ada seorang muslim african.. menasihatkan aku dan adik beradik supaya tidak melakukannya kerana ia adalah khurafat.. jika mahukan sesuatu, berdoalah.. sudah memadai.. dan baru ni ada lagi yg menghulurkan marker pen kpd aku.. aku tolak dan kata kepadanya "khurafat".. langsung dia terdiam..
dan seperkara lagi.. di jabal rahmah inilah yg paling ramai peniaga yg mengganggu dan memaksa pengunjung.. sama ada menunggang unta yg dihias meghelit2.. mengambil gambar polaroid dll.. mmg sangattttt rimassssssssss.. kerana mereka memaksa dan main kasar - tarik tangan, pegang kepala kita.. so, kalo anda pegi.. kena banyaaaakkkkkkk sabar..
selepas arafah, kami melalui mina dan muzdalifah.. teringat tragedi terowong al muaissem semasa musim haji 1990.. syukur kami masih panjang umur dan pengurusan jemaah malaysia bertindak bijak ketika itu..
di arafah juga dpt dilihat tembok yg sangat panjang.. yg merupakan tempat saluran dan takungan air.. air tu disalurkan drp Taif ke Arafah, dibina secara percuma oleh seorg hamba Allah yg kaya raya (anonymous) utk memudahkan urusan jemaah haji.. semoga Allah memberkati hambanya yg pemurah itu..
kemudian kami ke ja'ranah.. utk bermiqat.. kisahnya Nabi SAW pernah singgah di sini beberapa hari juga semasa hijrah..
dan dalam perjalanan pulang ke hotel, kami lalu di hadapan jabal Nur.. tempat bermulanya Islam.. turunnya wahyu pertama utk Rasulullah SAW yg dibawakan oleh Jibrail a.s.. Surah al-A'laq..
Iqra'.. Bismirabbikallazi khalaq..
Bacalah.. Dengan nama Tuhanmu yang menciptakan..
to be continued..
|
|
|
|