Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


highway makkah - jeddah
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
highway makkah jeddah



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Thursday, 7-Feb-2008 16:27
jejak keturunan manusia.. lambaian wida'..
30 Jan 08.. kami jemaah utas seramai 7 orang bersama supir iwan pegi ke Jeddah.. utk bersiar2.. shopping.. dan menziarahi makam Siti Hawa.. wanita pertama yg dihidupkan di dunia ini..

sepanjang jalan ada la dalam 3-4 fun fair di tepi highway.. boleh tahan jugak depa ni kan.. tp nampaknya lengang.. xtaulah masa bila yg ramai org.. kami berpeluang jugak utk bergambar di gerbang rehal dan alQuran yg besar iaitu tanda sempadan Makkah.. seronoknya..

yang menyejukkan hati, sentiasa ada papan tanda di kiri kanan jalan yg mengingatkan kita utk berzikir kepada Allah, bersyukur.. berselawat dan mcm2 lagi.. Azkurullah.. Hamdallah.. Sollu a'la Nabi..

tiba di bandar Jeddah yg sibuk, terlihat berpuluh.. mungkin beratus arca.. yg bermacam bentuk.. ada yg difahami, ada yg terlampau artistik.. tertanya2 jugak kenapa byk sangat arca.. tp tak ada siapa yg boleh tlg jawabkan..

kami ke masjid terapung.. di persisiran pantai Laut Merah..

sejarah Laut Merah adalah pada zaman Nabi Musa a.s dan penentangnya yang terkenal hingga ke hari ini iaitu Firaun..

ingat kisah di mana Firaun dan bala tentera seramai sejuta orang diketuai oleh Haman termasuk 700 ekor kuda mahu membunuh Nabi Musa dan lebih 620,000 org pengikutnya.. Allah SWT memerintahkan Nabi Musa mengetuk tongkatnya ke laut merah maka laut itu terbelah dua menjadi spt gunung yg amat tinggi.. tengahnya laluan yg kering utk dilalui oleh Nabi Musa dan pengikutnya.. kemudian Firaun mengikut.. tetapi kuasa Allah, Firaun dan tenteranya ditenggelamkan di laut berkenaan.. kerana itulah namanya laut merah.. sbb Firaun dan tenteranya mati di situ.. Allahu Akbar!

"Dan (kenangkanlah) ketika Kami belahkan laut (Merah) untuk kamu lalui (kerana melarikan diri dari angkara Fir`aun), maka Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Firaun bersama-sama tenteranya, sedang kamu semua menyaksikannya."

-Surah alBaqarah ayat 50.

mak kata dulu2 memang laut ni airnya agak merah.. tapi sekarang laut ini amaaaatt cantikk.. birunya cukup cantik dan sangat jernih.. subhanallah..

selepas ke laut merah, kami pusing bandar jeddah dan melihat makam siti hawa drp jauh.. tidak dibenarkan turun dari van dan tak dibenarkan masuk pun.. hanya berdoa dari luar saja..

kami juga diperkenalkan kepada sebuah masjid yg digelar 'masjid pancung kepala'.. kerana di masjid inilah hukuman hudud dilaksanakan.. iaitu potong tangan bagi sang pencuri.. dan potong kepala utk hukum qisas (membunuh).. dalam Islam, qisas dibenarkan apabila keluarga mangsa yg kena bunuh mahu pembunuhnya dihukum.. sebaliknya jika keluarganya memaafkan, maka pembunuh terlepas dari hukum pancung.. itulah adilnya islam.. hutang darah, dibayar dgn darah.. hukuman mati tidak mendatangkan seksa.. sekali pancung, terus putus tanpa ada rasa sakit.. dan hukuman pancung dilakukan di hadapan khalayak ramai..

destinasi akhir kami ke ballad mall dan corniche mall.. shopping center yg amat terkenal.. menjual pelbagai barangan berjenama yg jauh lebih murah drp harga kita di Malaysia.. kemudian makan tengahari kami di Sangeeth restaurant - yg alang kata "semua org Malaysia yg datang sini mesti makan kat situ".. sedap nasi berianinya sesuai dgn aku yg hanya sukakan nasi beriani yg berderai..

setelah kekenyangan, kami pun pulang ke Makkah.. hari ni tak buat umrah.. cuti sehari..

31 Jan dan 1 Feb 08.. di Malaysia meraikan hari wilayah.. kami di Makkah berumrah lagi dan bersiar2 di sekitar hotel dan masjid utk mencari hadiah buat teman2.. alhamdulillah air zam zam dah pun selesai diambil.. kali ni agak sukar mendapatkan air zam zam.. sbb tempat mengambil air ditutup.. orang sampai berebut2, bergaduh2 dan berbunuh2 hanya kerana nak mengambil air zam zam.. astaghfirullahal azim.. atas nasihat ustaz moin, kami ambil sikit2.. sebotol2.. dan plastik.. dari dalam masjid dan dituang ke tong air..

2 Feb 08.. selepas solat Subuh kami terus menunaikan tawaf wida'.. tawaf selamat tinggal.. sayu rasa nak tinggalkan bumi suci ini.. dan aku bermohon supaya ini bukanlah kunjunganku yg terakhir.. sungguh, ya Allah aku mahu datang lagi..

kami pusing2 bandar Jeddah sebelum ke airport.. oleh sbb kami ni dikira pelancong, maka kami dibawa ke Jeddah Old City yg berusia 300 tahun.. dapat kami lihat bandar lama yg pernah digunakan semasa nenek moyang kita menunaikan haji menaiki kapal dalam tahun 50-an dulu.. dan kami dibawa ke sebuah rumah orang kaya yg menjadikannya muzium sejarah.. terdapat sejarah makkah.. replika masjidil aqsa.. kain kelambu kaabah satu masa dulu.. dan pelbagai barangan antik yg berusia beratus tahun..

kemudian sekali lagi kami ke corniche mall.. di sebelah ballad mall ni ada terdapat satu laut kecil yg dinamakan laut 40.. laut ini dulunya digunakan oleh wanita yg bersalin ambil air di sini selepas tamat pantang 40 hari.. tp itu dulu.. sekarang tak ada lg yg ambil air di sini..

kami makan tghari di sebuah Asia restaurant, pengurusannya kelam kabut.. tp makan sedap jugak.. syukur kami tak terlewat utk check in di airport.. faham2 je la arab ni kalo x kena angin dia.. silap2 terkandas kami.. tp tak mungkin jugak.. maklumla kami kan tetamu raja.. haha.. terima kasih Malik Fahd..

kami berlepas jam 1715 waktu tempatan.. perjalanan 10 jam.. transit di Riyadh.. agak kurang selesa.. tambahan terpaksa mendengar kebisingan penumpang bangsa jiran kita yg agaknya dah begitu lama x pulang ke tanahair mereka.. kesian abah yg x sihat.. nasib baik masih sabar..

syukur alhamdulillah, kami tiba dgn selamat.. beg2 juga selamat.. tiba di rumah dgn selamat..

Sesungguhnya yang mewajibkan kepadamu (mengamal dan menyampaikan) AI-Quran (wahai Muhammad) sudah tentu akan menyampaikan engkau kepada apa yang engkau ingini dan cintai. Ya Allah, Tuhan yang memberi segala perlindungan, lindungilah daku ya Allah, Yang Maha Mendengar, perkenankanlah permohonanku, ya Allah, Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa! Tutupkanlah segala kelemahanku. Ya Allah Yang Maha Pemurah, kasihanilah daku. Ya Allah Tuhan yang mengembalikan sesuatu, kembalikanlah daku ke Baitullah ini lagi. Ya Allah! murahkanlah rezekiku supaya dapat kembali menziarahi Baitullah berulang kali dengan bertaubat, beribadat, mengucap syukur dan puji-pujian. Telah benar janji Allah, lagi menolong hambaNya memuliakan sekalian bala tenteraNya dan mengalahkan musuhNya dengan keagunganNya.

Ya Allah! selamatkanlah kami, kurniakan kami afiat dan keuntungan begitu juga kepada hamba-hamba Engkau yang menziarahi Baitullah dengan mengerjakan fardu haji, mereka yang berjihad, mereka yang musafir juga mereka yang bermukim, sama ada musafir melalui daratan, lautan atau ruang udara di mana mereka ini terdiri dari umat Saidina Muhammad s.a.w seluruhnya.

Ya Allah ya Tuhanku! peliharakanlah daku dari segenap pihak, di kanan, di kiri, hadapan, di belakang, di atas dan di bawahku sehinggalah daku sampai kembali kepada keluargaku dan negeriku. Ya Allah! Janganlah Engkau jauhkan daku dari rahmatMu walau sekelip mata sekalipun.

Ya Allah ya Tuhanku! Engkaulah yang menjaga kami di dalam perjalanan, Engkaulah yang menjaga keluarga kami sepeninggalan kami menziarahi rumah Engkau, hancurkanlah segala musuh-musuh kami, Engkau kakukanlah mereka sehingga tidak dapat bergerak untuk membinasakan kami.

Ya Allah ya Tuhan kami! janganlah Engkau jadikan hari ini sebagai hari yang penghabisan bagi daku menziarahi Baitullah, Ya Allah ya Tuhanku! cucurilah rahmatMu ke atasku dengan memberi pertunjuk kepadaku. Daku akan meninggalkan segala laranganMu selama hayatku. Kasihanilah daku dengan tidak memberatkan perkara yang tidak menyenangkan daku. Berikanlah kepadaku sebaik pandangan supaya dapat daku mengerjakan segala pekerjaan yang mendapat keredhaanMu.

Ya Allah ya Tuhanku! kurniakanlah nikmat penglihatanku dan perlihatkanlah pembalasanMu terhadap seteruku. Tolonglah daku daripada mereka yang menganiayai daku. Ya Allah ya Tuhanku! Daku berlindung dengan Engkau daripada segala kedukaan, kelemahan, kemalasan, takut menghadapi segala dugaan, kikir, kedekut, bergelumang di dalam hutang yang tak berkesudahan dan kekerasan musuh.

Ya Allah ya Tuhanku! daku memohon kepadaMu segala kebaikan dan kebajikan didalam perjalanan kami serta keredhaanMu di dalam segala pekerjaan. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan kami, perdekatkanlah yang jauh. Engkaulah Ya Allah! menolong kami di dalam perjalanan. Engkaulah yang memelihara anak isteri kami, Ya Allah! daku berlindung denganMu daripada segala kesusahan di dalam perjalanan, buruk pandangan, buruk peninggalan harta benda, keluarga dan anak. Ya Allah! sertakanlah keampunan Engkau kepada kami dan kurniakanlah afiat.

Ya Allah Ya Tuhanku! Pendekkanlah perjalanan dan permudahkan serta selamatkanlah kami daripada segala yang mendukacitakan kami. Ya Allah! sampaikanlah perkhabaran baik kepada kami, lindungilah kami dan berikanlah keredhaanMu dengan kekuasaanMu, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Berkuasa. Ya Allah, sertailah kami dalam perjalanan kami , gantilah kami dan berilah pertolonganMu untuk memelihara keluarga-keluarga kami.

Ya Allah! Peliharakanlah didalam perjalanan kami dan gantikanlah kami di dalam memelihara keluarga kami, daku berlindung dengan kebesaranMu daripada segala yang membinasakan daku wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Penyayang.

Subhanallah! Alhamdulillah! Allahu Akbar!

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.